Cara Kemaskini Maklumat Murid dalam Sistem Pengurusan Identiti (idMe)
Pelajari cara mengemaskini maklumat murid dalam sistem IDME, termasuk maklumat peribadi, alamat, pasangan dan anak. Ikuti setiap langkah dengan teliti, dari log masuk hingga pengesahan dan penghantaran data yang tepat.
Pastikan semua maklumat diisi lengkap untuk elak masalah bantuan atau rekod sekolah. Pergi ke portal idme kpm dan semak Pendaftaran Tahun 1 2026, 27 secara online
Cara Kemaskini Maklumat Pelajar di idMe?

Terdapat 4 bahagian utama yang perlu ibu bapa/penjaga semak dan kemaskini dalam idMe (sistem MOEIS):
- Maklumat Peribadi – nama pelajar, tarikh lahir, nombor MyKid, dan alamat terkini.
- Rekod Kesihatan – vaksinasi dan keadaan kesihatan.
- Maklumat Ibu Bapa/Penjaga – nama, nombor telefon, dan hubungan.
- Maklumat Lain – rekod akademik, penempatan sekolah, aktiviti kokurikulum, serta elaun (jika ada).
Langkah 1: Buka Laman Web IDME
Langkah 2: Log Masuk atau Daftar
Langkah 3: Kemas Kini Maklumat Profil
Paparan utama akan menunjukkan:
- Nama anda
- Nombor kad pengenalan
Klik “Pengurusan Profil”, dan kemas kini 4 bahagian berikut:
- Maklumat Peribadi
- Maklumat Alamat
- Maklumat Pasangan
- Maklumat Anak
Maklumat Peribadi
- Semak dan kemas kini:
- Nama
- Nombor MyKad
- Warganegara
- Tarikh lahir
- Jantina
- Agama
- Bangsa
 
- Status pekerjaan:
- Jika tidak bekerja, tandakan.
- Jika bekerja, masukkan:
- Nama majikan
- Nombor telefon pejabat
- Alamat majikan
- Pendapatan bulanan
 
 
Klik Simpan, kemudian klik OK.
Maklumat Alamat
- Isi alamat tetap dan alamat surat-menyurat (jika berbeza).
- Klik Simpan, kemudian OK.
Maklumat Pasangan
- Lengkapkan:
- Maklumat pekerjaan pasangan
- Alamat dan nombor telefon majikan
- Pendapatan bulanan
- Tarikh perkahwinan
 
- Klik Kemaskini, kemudian OK.
Maklumat Anak
- Paparan akan menunjukkan tab setiap anak.
- Klik “Tambah Anak Jagaan” jika belum disenaraikan.
- Klik “Klik untuk terperinci” untuk kemaskini.
Lengkapkan tab:
Klik Simpan di setiap bahagian.
Langkah Akhir: Pengesahan
- Tanda kotak pengesahan maklumat.
- Klik “Hantar”.
- Notis berjaya akan dipaparkan bersama tarikh.
Klik “Kembali ke Dashboard”.
Semakan Penempatan/Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026
Mulai 1 Ogos 2025, ibu bapa boleh membuat semakan penempatan dan pendaftaran murid Tahun 1 sesi 2026 melalui Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di idME melalui pautan: https://idme.moe.gov.my
Tempoh rayuan bagi keputusan penempatan dibuka dari 1 Ogos hingga 31 Ogos 2025.
Rayuan hanya dibenarkan untuk pertukaran dalam daerah yang sama sahaja.
